RSS

Aduh! Awal dan Scha Tangguh Kahwin

Pasangan pelakon yang kacak dan cantik, Awal dan Scha bercadang untuk menangguhkan lagi perkahwinan mereka yang dikatakan bakal diadakan hujung bulan ini. Scha yang dihubungi memberitahu yang ketiadaan dewan dan katering adalah punca utama perkahwinan mereka ditangguhkan. Selain itu juga Scha sengaja menangguhkan terus kerana mahu memberi laluan kepada majlis pasangan Yusi dan Lisa Surihani yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Namun, Scha juga menegaskan yang walau apa pun yang terjadi, perkahwinan mereka pasti akan berlangsung juga pada pertengahan tahun 2012 ini.
“Keadaan kami sekarang boleh diibaratkan seperti bertarung dengan masa untuk persiapan majlis perkahwinan ini. Selain sibuk dengan komitmen kerja, ada beberapa kesulitan iaitu isu dewan dan katering yang sudah habis ditempah kerana bercanggah dengan majlis perkahwinan orang lain. Agaknya makin ramai orang yang berkahwin pada tahun ini. Sehingga hari ini kami belum berani untuk mengumumkan tarikh tertentu bagi majlis perkahwinan ini,” katanya
“Walau apa pun keadaan dan kesulitannya, saya yakin ia akan dapat diatasi mengikut perancangan. Harapan kami agar apa juga masalah berkaitan persiapan majlis ini akan dipermudahkan oleh Tuhan. Sebolehnya, kami tetap akan bernikah selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini juga,” katanya.
Selain itu Scha juga sempat menjawab mengenai hal dirinya mahu berhenti berlakon kerana mahu menjaga ibunya yang sedang sakit.  Scha berkata dia sudah kembali ke lokasi penggambaran memandangkan keadaan orang tuanya itu sudah beransur baik.
“Memang betul sebelum ini saya berehat sekejap untuk menumpukan perhatian dan menjaga ibu yang jatuh sakit. Ibu saya menderitai beberapa komplikasi penyakit yang melibatkan buah pinggang, tisu cakera teranjak (slipped disc) dan serangan jantung. Dia memang tidak boleh bangun dan berjalan sebelum ini, sekali gus saya berasa terpanggil untuk menjaga dia sampai sembuh,” katanya.
-Aduh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aduh! Ahmad Idham Buat Hal Lagi.

Anda semua pasti masih ingat bukan mengenai isu penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam filem Hantu Bonceng?
Ramai yang mengecam filem tersebut disebabkan beberapa dialog yang digunakan oleh Zizan. Ramai juga yang mempersoalkan kenapa filem itu boleh lepas ditayangkan kepada umum dengan dialog yang seakan-akan menghina Islam. Namun begitu, kutipan filem tersebut tetap meletup dan mencecah hampir RM8.35 Juta.
Kali ini, sebuah drama 13 episod arahan Ahmad Idham yang bertajuk “Ape Celop” sekali lagi dipersoalkan dan Ahmad Idham sekali lagi dituduh menggunakan perkataan suci secara sesuka hati sehingga mengundang pelbagai kontroversi. Kali ini dia dikecam kerana ada adegan dimana watak-watak “mat rempit” menyebut beberapa kalimah suci seperti Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim, dan Subhanallah.
“Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop. Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih.” dipetik dari mStar Online.
Ketika ditemubual oleh wartawan mStar Online, Ahmad Idham menjelaskan penggunaan ayat-ayat suci itu adalah bermotifkan kearah kebaikan.
“Jika dilihat hari ini golongan remaja dan kanak-kanak lebih terbiasa dengan ucapan seperti Oh My God, Oh!Damn dan sebagainya selain tidak lagi menggunakan kata-kata Ya Allah Ya Tuhan Ku, Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim dan sebagainya. Sepatutnya orang yang mengecam itu kena kaji balik dan tidak cepat menuduh dan mengatakan saya menghina Islam.”
-Aduh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aduh! Makin Tua Makin Kacak Aaron Aziz ni

Diam tak diam, rupa-rupanya pelakon pujaan ramai, Aaron Aziz menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada hari ini. AduhDuhDuh ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, maintain kacak dan maintain macho.

Tawaran lakonan untuk abang kacak ini nampaknya maintain lebat tahun ini, dan perkembangan terbaru, Aaron sedang menjalani penggambaran drama yang diadaptasi dari novel tulisan Aisya Sofea, iaitu Adam dan Hawa. Dia akan melakonkan watak Adam Mukhriz, bergandingan dengan pelakon Nadiya Nisa’ yang membawakan watak Ain Hawani.


-Aduh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Skandal SEKS ; Melia Aimellia: "Itu bukan saya!"


Selepas blog-blog hiburan tempatan hangat memperkatakan tentang sebuah video seks berdurasi 30 saat dan gambar bogel yang tersebar membabitkan aktres "Karipap-Karipap Cinta", Melia Aimellia, dia akhirnya tampil menafikan perkara tersebut.
Dipetik daripada Harian Metro, Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimellia Zaidi memberitahu akibat dakwaan tersebut, dia telah diugut oleh saudara-mara yang mahu mencederakannya jika mendapati gambar bogel dan video seks itu adalah dirinya.
"Saya tidak tahu tentang perkara tersebut sehinggalah ada pihak produksi memberitahu mereka enggan mengambil saya berlakon kerana bimbang digam stesen televisyen gara-gara gambar bogel dan video seks berdurasi 30 saat itu tersebar.
"Kebetulan saya baru sahaja menamatkan penggambaran drama untuk RTM, sudah tentu kenyataan 'digam' itu cukup membimbangkan," ujar Melia.
Gadis berusia 18 tahun ini memberitahu dia sudah melihat gambar tersebut tetapi belum menonto video seks yang dihebahkan itu. Malah Melia turut menunjukkan gambar tersebut kepada ibu bapanya.
"Itu bukan saya. Jika dilihat daripada bibir, buah dada dan lengan, ia langsung tidak menunjukkan diri saya. Saya juga tidak pernah memakai cincin berwarna hitam seperti kelihatan dalam gambar tersebut. Ibu bapa saya sendiri tahu perkara sebenar," jelas Melia lagi.
Melia yang sebelum ini pernah bergandingan dengan aktor Gambit Saifullah dalam filem "Karipap-Karipap Cinta" arahan Othman Hafsham turut menyatakan kekesalannya dengan dakwaan yang cuba memburukkan namanya dan keluarga. Sebelum ini, Melia pernah dikhabarkan sebagai seorang bohsia, perampas suami orang dan pernah menggugurkan kandungan luar nikah.
"Saya tidak tahu di mana silapnya atau angkara siapa. Jika saya pernah menyakitkan hati sesiapa, saya meminta maaf tetapi menabur pasir dalam periuk nasi dengan cara begini sangat kejam," akhirinya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aduh! Aksi berani Julie Woon



Jika sebelum ini Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi dalam majalah FHM Indonesia, kini nama pengacara dan pelakon Julie Woon menjadi bualan hangat di beberapa forum hiburan tempatan apabila gambar aksi beraninya menjadi penghias majalah.

Beberapa keping foto telah dirakamkan menunjukkan Julie Woon tampil seksi di sisi seorang model lelaki.
Dalam majalah Men's Health keluaran Februari 2012, wanita berusia 27 tahun ini mempamerkan gaya separuh bogel dengan hanya memakai pakaian dalam dan beraksi ghairah di samping seorang model lelaki.



Walaupun bukan berbangsa Melayu dan sememangnya terkenal dengan penampilan seksi sebelum ini, namun namanya cukup sinonim di kalangan komuniti Melayu kerana pernah muncul dalam drama bersiri "Blogger Boy" di samping Qi yang merupakan bekas teman lelakinya ketika itu.

-Aduh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS