RSS

Aduh! Awal dan Scha Tangguh Kahwin

Pasangan pelakon yang kacak dan cantik, Awal dan Scha bercadang untuk menangguhkan lagi perkahwinan mereka yang dikatakan bakal diadakan hujung bulan ini. Scha yang dihubungi memberitahu yang ketiadaan dewan dan katering adalah punca utama perkahwinan mereka ditangguhkan. Selain itu juga Scha sengaja menangguhkan terus kerana mahu memberi laluan kepada majlis pasangan Yusi dan Lisa Surihani yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Namun, Scha juga menegaskan yang walau apa pun yang terjadi, perkahwinan mereka pasti akan berlangsung juga pada pertengahan tahun 2012 ini.
“Keadaan kami sekarang boleh diibaratkan seperti bertarung dengan masa untuk persiapan majlis perkahwinan ini. Selain sibuk dengan komitmen kerja, ada beberapa kesulitan iaitu isu dewan dan katering yang sudah habis ditempah kerana bercanggah dengan majlis perkahwinan orang lain. Agaknya makin ramai orang yang berkahwin pada tahun ini. Sehingga hari ini kami belum berani untuk mengumumkan tarikh tertentu bagi majlis perkahwinan ini,” katanya
“Walau apa pun keadaan dan kesulitannya, saya yakin ia akan dapat diatasi mengikut perancangan. Harapan kami agar apa juga masalah berkaitan persiapan majlis ini akan dipermudahkan oleh Tuhan. Sebolehnya, kami tetap akan bernikah selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini juga,” katanya.
Selain itu Scha juga sempat menjawab mengenai hal dirinya mahu berhenti berlakon kerana mahu menjaga ibunya yang sedang sakit.  Scha berkata dia sudah kembali ke lokasi penggambaran memandangkan keadaan orang tuanya itu sudah beransur baik.
“Memang betul sebelum ini saya berehat sekejap untuk menumpukan perhatian dan menjaga ibu yang jatuh sakit. Ibu saya menderitai beberapa komplikasi penyakit yang melibatkan buah pinggang, tisu cakera teranjak (slipped disc) dan serangan jantung. Dia memang tidak boleh bangun dan berjalan sebelum ini, sekali gus saya berasa terpanggil untuk menjaga dia sampai sembuh,” katanya.
-Aduh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aduh! Ahmad Idham Buat Hal Lagi.

Anda semua pasti masih ingat bukan mengenai isu penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam filem Hantu Bonceng?
Ramai yang mengecam filem tersebut disebabkan beberapa dialog yang digunakan oleh Zizan. Ramai juga yang mempersoalkan kenapa filem itu boleh lepas ditayangkan kepada umum dengan dialog yang seakan-akan menghina Islam. Namun begitu, kutipan filem tersebut tetap meletup dan mencecah hampir RM8.35 Juta.
Kali ini, sebuah drama 13 episod arahan Ahmad Idham yang bertajuk “Ape Celop” sekali lagi dipersoalkan dan Ahmad Idham sekali lagi dituduh menggunakan perkataan suci secara sesuka hati sehingga mengundang pelbagai kontroversi. Kali ini dia dikecam kerana ada adegan dimana watak-watak “mat rempit” menyebut beberapa kalimah suci seperti Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim, dan Subhanallah.
“Saya tidak faham mengapa ada pihak boleh mengatakan saya menghina agama saya kerana penggunaan kalimah tersebut dalam Apa Celop. Hanya kerana watak mat rempit yang mengucapkan kata-kata itu, terus saya dituduh menghina Islam, ia membuatkan saya berasa sedih.” dipetik dari mStar Online.
Ketika ditemubual oleh wartawan mStar Online, Ahmad Idham menjelaskan penggunaan ayat-ayat suci itu adalah bermotifkan kearah kebaikan.
“Jika dilihat hari ini golongan remaja dan kanak-kanak lebih terbiasa dengan ucapan seperti Oh My God, Oh!Damn dan sebagainya selain tidak lagi menggunakan kata-kata Ya Allah Ya Tuhan Ku, Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim dan sebagainya. Sepatutnya orang yang mengecam itu kena kaji balik dan tidak cepat menuduh dan mengatakan saya menghina Islam.”
-Aduh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS